Saturday, 14 July 2012

Fonem dan Alofon


Fonem dan Alofon dalam sistem bunyi Bahasa Melayu

            Pada asasnya bahasa terdiri daripada beberapa unit. Unit yang paling besar ialah ayat dan unit yang paling kecil ialah fonem. Fonem merujuk kepada unit bahasa yang terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan. Hal ini memenag bersesuaian dengan sifat fonem yang boleh diasing-asingkan antara satu sama lain. Misalnya, satu perkataan ( yang juga merupakan salah satu unit dalam bahasa), iaitu ‘padam’, boleh dipenggalakan kepada lima unit penggalan yang lebih kecil atau lima fonem yang berasingan, iaitu /p/ , /a/ , /d/ , /a/ dan /m/. Unit kecil ini tidak mempunyai makna jika diletakkan secara berasingan.
Maksud lain bagi fonem ialah unit unit penggalan bahasa yang terkecil yang boleh membawa perbezaan makna. Fonem juga boleh didefinisikan sebagai himpunan bunyi yang mempunyai sifat-sifat fonetik yang sama dan mempunyai lambang asas yang sama, yang berbeza hanyalah lambang-lambang diakritiknya. Tegasnya fonem ialah unit pada tingkat bunyi yang mampu membezakan makna sesuatu kata atau dikenali sebagai distingif.
I. Fonem vokal
Huruf ‘e’ digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu :
i. fonem e pepet yang ditulis secara fonetik / Ə /
ii. fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e /
Penutur bahasa Melayu biasanya berupaya untuk membezakan dua sebutan tersebut dan dapat menggunakannya dengan betul. Selain itu, /Ə/ juga sering digunakan bagi menggantikan bunyi vokal bagi perkataan yang berakhir dengan huruf /a/.
II. Fonem konsonan
Dalam bahasa Melayu, terdapat 18 fonem konsonan asli. Jadual yang berikut menunjukkan fonem konsonan asli Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.
III. Fonem pinjaman
Dalam bahasa Melayu, terdapat lapan konsonan pinjaman. Konsonan pinjaman ini berasal daripada bahasa Arab, bahasa Inggeris atau bahasa selain daripada bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, penggunaan konsonan pinjaman ini telah sebati dengan penutur bahasa Melayu sehingga konsonan ini telah diiktiraf sebagai huruf konsonan Melayu juga. Jadual dibawah ini menunjukkan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.

Alofon
Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.
Kaedah penentuan fonem dan alofon
Kaedah Pasangan Minima
 Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Konsep pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya: 
[tari] [dari]
[patah] [padah]
[tuli]  [ duli]
[saku]  [sagu]  
[kari] [gari]
[pakar] [pagar]  
Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen [t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana kedua­duanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-dua segmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas, jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment