Sunday 15 July 2012

PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI


PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI
Secara tradisional, penilaian masih lagi difikirkan sebagai satu proses yang dilaksanakan di akhir proses pembelajaran tetapi konteks untuk penilaian yang lebih bersifat kontemporari adalah sebahagian daripada keseluruhan proses melaksanakan seni itu sendiri . Penilaian adalah secara formatif kerana ia menyumbangkan kepada pembelajaran pelajar dan boleh dilihat sebagai satu yang amat penting untuk melengkapkan keseluruhan proses pembelajaran.
Penilaian dalam aspek nilai iaitu domain afektif boleh dilihat melalui pemerhatian sikap dan perlakuan pelajar yang direkod oleh guru subjek. Untuk penilaian aspek pengetahuan atau kognitif boleh dijalankan secara penulisan atau lisan. Segala bentuk dan maklumat pencapaian diri pelajar perlu direkod. Tahap pencapaian pelajar dalam jangka waktu pembelajaran perlu direkodkan oleh guru subjek Pendidikan Seni Visual melalui bentuk rekod yang difikirkan sesuai oleh guru.
Dalam menentukan kewajaran pemberatan peratus domain untuk dinilai pihak Pusat Perkembangan Kurikulum dalam buku yang bertajuk Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual menyatakan bahawa :
PERINGKAT MENENGAH RENDAH PERINGKAT MENENGAH ATAS
ASPEK % WAJARAN ASPEK % WAJARAN
KOGNITIF 30 KOGNITIF 40
PSIKOMOTOR 60 PSIKOMOTOR 50
AFEKTIF 10 AFEKTIF 10
                Melalui portfolio ini penilaian dapat dilaksanakan dari pelbagai aspek pembelajaran yang penting antaranya
1. Untuk menunjukkan penguasaan pelbagai kemahiran dan pencapaian pelajar dalam pelbagai cara
2. Untuk menunjukkan prestasi pelajaran dalam projek jangka panjang dan jangka pendek
3. Untuk menunjukkan pencapaian pelajar sepanjang tahun atau penggal
4. Untuk memupuk rasa bangga terhadap hasil kerja sendiri
Amalan penilaian portfolio yang telah dilaksanakan oleh guru di sekolah tersebut menunjukkan guru apa yang sebenarnya diajar dan menunjukkan pelajar apa yang sebenarnya dipelajari. Oleh yang demikian guru dan pelajar dapat mengenalpasti perkembangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Namun demikian sekolah tersebut tidak menyediakan rubrik untuk penilaian portfolio para pelajar yang mana dengan adanya rubric, guru dan pelajar mendapat gambaran yang tepat tentang piawai pencapian yang diharapkan ( Pusat Perkembangan Kurikulum n.d.).

No comments:

Post a Comment