Sunday 15 July 2012

MODEL ASSURE


DEFINISI MODEL ASSURE
           Model ASSURE merupakan satu rujukan kepada guru di mana guru boleh merancang secara sistematik supaya alat dan bentuk pengajaran yang digunakan akan member kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.. Model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah merupakan model reka bentuk pengajaran yang beskala kecil dan tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja, Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu (2005). Reka bentuk pengajaran yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Selain itu, reka bentuk pengajaran juga dapat melahirkan guru yang berkeyakinan, berkompeten dan tepati masa. Model ASSURE digubal untuk menyediakan panduan merancang dan pengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media, Heinich (1982). Melalui model ASSURE terdapat enam perkara penting yang perlu dititikberatkan iaitu :
                        *Alyse learner (Analisis pelajar)
                        *State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran)
                        *Select media and method (Pilih media dan kaedah)
                        *Utilise media and method ( Gunakan media dan kaedah)
                        *Require learner response(Dapat respons pelajar)
                        *Evaluate ( Nilai bahan,kaedah dan seluruh proses pengajaran


1.0    HURAIAN MODEL ASSURE MENGIKUT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.

1.1    Analisis pelajar
     Analisis cirri-ciri pelajar perlu bagi menentukan kesesuaian di antara media dan bahan sumber yang dipilih bagi mendatangkan pembelajaran yang berkesan.Beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan ialah cirri-ciri umum murid,tahap kebolehan murid dan gaya pembelajaran.Ciri-ciri umum adalah seperti gred,bangsa serta budaya dan ekonomi.Tahap kebolehan murid melibatkan tahap kemahiran atau kompentasi murid pada awal kemasukan ke bilik darjah.
     Berdasarkan tahap ekonomi,bangsa serta budaya yang berbeza dan kemampuan kecerdasan pelbagai tahap kebolehan murid yang tergolong dalam beberapa kumpulan kecerdasan cerdas, sederhana dan lemah,Kaedah pengajaran yang digunakan adalah kaedah kumpulan.Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan mereka masing-masing.
     Analisis pelajar dapat membantu guru mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid yang dimiliki oleh murid-murid terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.Dengan secara tidak lansung giri dapat menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konsruktif selain dapat membantu guru mengesan tahap murid melalui sessi soal jawab.Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu berinteraksi dan bertindakbalas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran.
1.2    Menyatakan objektif
     Bagi langkah ke dua objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid sesuai dengan tahap dan pengetahuan pelajar.objektif yang dibuat selari dengan tahap pengetahuan murid.objektif juga harus difokuskan kepada pengetahuan,kemahiran yang dipelajari oleh murid.
     Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 C,Guru mengajar tajuk Keluarga.Objektif pertama bagi tajuk ini ialah murid-murid dapat menyebut nama-nama ahli keluarga berdasarkan gambar yang ditayangkan.Berpandukan power point gambar keluarga.murid dapat menyebut dan dapat menyusun nama-nama keluarga mereka pada papan slaid yang dipancarkan.
     Langkah ke dua pula murid dapat mengeja nama-nama keluarga berpandukan gambar-gambar foto yang dipancarkan me;lalui LCD.Murid mengeja dan menyebut nama-nama keluarga satu persatu mengikut giliran.Murid menyusun semula kad perkataan pada gambar yang ditayangkan satu persatu.

     Langkah yang ke tiga, murid dapat menyatakan nama-nama keluarga
3.   Pilih kaedah,media dan bahan
      Perkara yang ke tiga ialah pilih kaedah,media dan bahan pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar dan objektif pelajaran yang ingin dicapai.Memandangkan guru biasanya tidak mempunyai masa untuk membina bahan pengajarannya,maka guru digalakkan memilih media dan bahan-bahan sumber yang sedia ada.
Antara proses bagi pemilihan ialah membuat keputusan berkaitan dengan kaedah pembelajaran contohnya simulasi,tunjuk ajar dan main peranan.memilih format media yang sesuai,slaid,audio dan video.Memilih dan mengubah suai atau mereka bentuk bahan khususnya berdasarkan format media yang dipilih contohnya cd pendidikan atau menaik mutkannya melalui EDUWEBTV.

     Bagi pengajaran Bahasa Melayu Tahun 1,guru memilih kaedah permainan
Mencantumkan kad jigsaw puzzle,mengikut kedudukan gambar yang betul.Murid disuruh beratur untuk mencantumkan kad jigsaw puzzle tersebut.apabila wisel ditiupkan,murid-murid berlari untuk mengambil kad yang tidak tersusun,kemudian murid akan menyusun semula kad jigsaw puzzle untuk menjadi gambar yang sesuai.
     Murid-murid akan mengambil kad jigsaw puzzle yang disiapkan untuk ditampalkan pada papan kapur.murid-murid juga akan melekatkan perkataan mengikut gambar yang ditampal.dalam kumpulan mereka,murid-murid akan membaca perkataan tersebut secara kumpulan.
     Aktiviti kumpulan ini akan melahirkan kerjasama di kalangan ahli kumpulan.pembentangan hasil-hasil kerja kumpulan dibentangkan.Sessi soal jawab digunakan oleh guru bagi tujuan pemurnian hasil kerja murid.

4.Gunakan media dan bahan
     Penggunaan media adalah penting supaya mesej yang ingin disampaikan tepat terus kepada tajuk pelajaran yang ingin disampaikan.Antara peranan guru dalam menggunakan bahan media dengan berkesan ialah prebiu dan bahan sumber,agar sesuai dengan objektif dan kumpulan sasaran,penyediaan bahan sumber iaitu bahan yang perlu dikumpulkan,disusun sebagaimana dikehendaki mengikut langkah-langkah pengajaran.Penyediaan persekitaran seperti kemudahan seperti plug dan suis dan susunan kedudukan murid.
                   

No comments:

Post a Comment