Monday 16 July 2012

Pembelajaran Berpusatkan Murid

Pembelajaran berpusatkan murid bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.  Walau bagaimanpun huraian yang ringkas ini tidak bermaksud guru tidak memainkan peranannya dalam kelas. Penglibatan murid bermakna murid bersama-sama guru berinteraksi untuk meneroka, menganalisis, mencuba serta mencari penyelesaian secara kritis, kreatif dan inovatif terhadap s
Corak pembelajaran secara konvensional atau pembelajaran berpusatkan guru lebih menumpukan pembelajaran secara satu hala. Guru memainkan peranan yang aktif manakala murid pula hanya mendengar dan membuat catatan sahaja tanpa terlalu banyak  berlakunya interaksi antara kedua-dua pihakPEMBELAJARAN berpusatkan murid bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.  Walau bagaimanpun huraian yang ringkas ini tidak bermaksud guru tidak memainkan peranannya dalam kelas.
Antara cirri-ciri Pengajaran Berpusatkan Murid adalah:-
·         Murid tidak terlalu bergantung pada arahan guru semata-mata dalam proses pembelajaran. Hal ini bermakna murid-murid itu sendiri akan bergerak mengikut panduan dan nasihat yang diberikan oleh guru.
·         Murid-murid tidak memencilkan diri mereka daripada rakan-rakan. Malah mereka memerlukan kerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan sebarang masalah pembelajaran. Mereka menghargai satu sama lain, berkerjasama, saling bantu membantu dan sering bertukar-tukar idea dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan.
·         Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran interpersonal dalam kalangan murid melalui proses kolaborasi yang mereka lalui dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.


 Guru berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing dalam proses pembelajaran dan pengajaran.  Guru mereka bentuk pengajaran yang berperanan untuk menentukan hala tuju pembelajaran tersebut agar hasilan pembelajaran tercapai, mengurus aktiviti murid supaya interaksi berjalan dengan lancar, dan merekabentuk pendekatan pengukuran dan penilaian untuk tujuan melihat perkembangan prestasi murid dari semasa ke semasa.
Dalam menjayakan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar, aspek minda pelajar dan tenaga pengajar serta pendekatan aktiviti P & P perlu selaras dengan falsafah pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan pelajar. Di antara strategi yang boleh diamalkan ialah:
1. Menjadikan pelajar lebih aktif dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan, kuiz, dan penggunaan ICT secara optimum.
2. Menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dengan menjadikan pelajar lebih sedar apa yang dipelajari oleh pelajar dan sebab mengapa mereka perlu mempelajari sesuatu.
3. Mengamalkan model pengajaran dan pembelajaran aktif bersesuaian dengan peringkat pendidikan termasuk pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, kajian kes, pembelajaran berasas rakan sebaya, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan inkuiri.
            Pembelajaran aktif dalam pembelajaran berpusatkan pelajar memerlukan beberapa teknik penilaian murid yang berkualiti . Persekitaran penilaian berpusatkan murid  menyediakan peluang untuk memberi maklum balas dan penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran. Penilaian yang berbentuk formatif ini akan menyumbang kepada penilaian dan penaksiran di penghujung proses pembelajaran. Antara teknik penilaian bersifat formatif yang berpusatkan pelajar adalah membina buku skrap, persediaan portfolio (e-portfolio), penilaian rakan sebaya, projek, dan kerja kumpulan. Penggunaan penilaian berasaskan panduan guru digalakkan untuk penilaian yang objektif dan berkesan dalam menilai tugasan muridesuatu tugasan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment