Monday 16 July 2012

Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid


Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid
            Strategi Pembelajaran berpusatkan pelajar adalah pendekatan pembelajaran yang berkesan dan dalam jangka masa panjang persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar dapat menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan membentuk graduan yang berdikari. Di samping itu, Universiti Kebangsaan Malaysia adalah komited dalam melaksanakan kurikulum berasaskan hasil selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia. Kurikulum berasaskan hasil menekankan kepada persekitaran pengajaran, pembelajaran dan penilaian yang berfokuskan kepada pelajar.
            Pembelajaran berpusatkan pelajar adalah satu pendekatan pendidikan di mana pelajar merancang aktiviti pembelajaran, penilaian dan kadar pembelajarannya sendiri. Dalam konteks pembelajaran berasaskan hasil, pencapaian hasil pembelajaran adalah tanggungjawab pelajar. Pelajar menentukan strategi untuk mencapai hasil pembelajaran tersebut dan membuktikan pencapaiannya dengan persetujuan guru. Guru menyediakan suasana, ruang dan peluang untuk pelajar mengharungi pengalaman pembelajaran dengan sendiri dan sesama rakan sebaya serta membimbing pelajar menguasai kemahiran untuk pembelajaran kendiri dengan berkesan.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa strategi itu
sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan
aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai
objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas,
seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. Berdasarkan
kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi
semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa,
tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang
sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.
Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid merupakan pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan kaedah mengajar, merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Menurut Ausubel, untuk memastikan pengajaran berpusatkan murid ini berkesan guru hendaklah mengenalpasti konsep, teori atau idea utama dalam sesutu topik itu. Untuk ini guru haruslah merangka satu penyusunan topik menjadi kerangka sebagai panduan kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti mereka.
Menurut pandangan konstruktivis strategi Pengajaran Berpusatkan Murid, memberi peluang kepada murid untuk menggunakan pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang akan menjadi asas kepada pengetahuan baru yang bakal dibina. Pengetahuan baru yang dibina melalui pengajaran berpusatkan murid membantu murid menyelaraskan pengalaman lampau dengan idea sedia ada yang mereka bawa ke bilik darjah. Dengan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid, murid menstruktur semula idea mereka yang sdia ada.  Untuk memudahkan pembinaan pengetahuan dan kefahaman terhadap maklumat baru yang diterima semasa pengajaran dan pembelanjaran, murid memerlukan persekitaran pembelajaran yang meransang murid melalui teknik pengajaran berpusatkan murid.
Dengan lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah
diakses oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut,Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan hasil tugasan Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkanmemberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.
            Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang
mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai
kemahiran dan latihan yang terancang. Pada anggapan beliau, kaedah mengajar bukanlah
tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif
pengajaran.

No comments:

Post a Comment