TOPIK 1 :
KECERGASAN FIZIKAL
1.1
KECERGASAN KESELURUHAN
-mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan
cara menjalankan aktiviti kecergasan fizikal, meningkatkan taraf kesihatan diri,
tahu dan peka terhadap latihan atau permainan yang hendak anda lakukan.
Kecergasan keseluruhan menitikberatkan aspek
keseimbangan keseluruhan elemen kecergasan seperti yang disarankan dalam FPK
iaitu kecergasan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.
1.1.1 Konsep
dan Definisi
-tahap kecergasan fizikal yang rendah
mampu menjejaskan fungsi mental dan kemampuan fizikal individu itu
untuk bertindak balas dengan persekitarannya.
-Gaya hidup yang sihat seharusnya menjadi
amalan untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
1.1.2 Matlamat dan Objektif
-kecergasan
fizikal bermaksud kemampuan anda menguruskan diri setiap hari, berekreasi
dan bertenaga untuk bertindak balas dalam situasi yang mencemaskan tanpa rasa
lesu.
-Pelajar
yang cergas fizikal mampu melakukan:
a. Boleh melakukan kerja atau tugas sepanjang hari tanpa kelesuan.
b. Boleh mengambil bahagian dlm kegiatan fizikal dan rekreasi tanpa
keletihan yg berlebihan.
c. Berupaya menghadapi keadaan kecemasan.
Kecergasan
boleh dibahagi kepada dua kategori dan elemen:
Kecergasan
yang berlandaskan kesihatan melibatkan aspek fisiologi dan psikologi tertentu
dalam membantu melindungi kita dari masalah kesihatan seperti penyakit
kardiovaskular, obesiti dan masalah mental-emosi. Fedahnya seperti:
- menjalankan kegiatan seharian bagi mempertingkatkan sahsiah dengan cara mengekalkan tonus otot yang mengurangkan lemak dalam badan dan mengekalkan postur tubuh.
- meningkatkan fungsi badan dalam melawan penyakit dengan:
·
menguatkan otot dan ligamen
·
mengurangkan risiko mendapat kecederaan
·
meningkatkan daya tahan kardiovaskular
·
merendahkan tekanan darah
·
sistem respiratori yang efisyen
·
mengurangkan risiko terhadap penyakit
jantung dan paru-paru (kardiorespiratori).
- mengekalkan kesihatan mental-emosi dgn:
·
meningkatkan imej diri,
·
mengurangkan tekanan,
·
menambahkan kegiatan sosial,
·
tidur, rehat dan rekreasi yang
secukupnya.
1.2
KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KESIHATAN
1.2.1 Daya
Tahan Kardiovaskular
- keupayaan sistem kardiovaskular mengedar
darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan
kumuhan dari otot.
-Sistem kardiovaskular:
a. Jantung
Mengepam darah
melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik.
b. Paru-paru
Membekalkan
oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah.
c. Rangkaian Arteri dan Vena
Rangkaian arteri
membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh, manakala vena membawa darah dari
seluruh tubuh balik ke jantung.
1.2.2
Daya Tahan Otot
-keupyaan sesuatu otot/sekumpulan otot mlakukan ssuatu
kerja berulang-ulang dlm jangka masa pjg.
Ø daya tahan otot statik (kedudukan pegun)
Ø daya tahan otot dinamik (bergerak)
1.2.3
Komposisi Tubuh Badan
-terdiri daripada bahagian berlemak dan tanpa
lemak.
Endomorf
- bentuk tubuh badan yang gempal kerana
banyak lemak yang terkumpul di bawah kulit.
- angkat berat, membaling tukul besi dan
gusti
Mesomorf
-mempunyai badan yang berotot, tegap dan
mempunyai rangka badan yang menarik.
- lari jarak dekat dan acara lompatan
Ektomorf
- bentuk tubuh badan yang kurus dan tinggi
lampai kerana kurang tisu lemak di bawah lapisan kulitnya. - pelari jarak jauh,
merentas desa dan bola keranjang.
Obesiti
/ kegemukan - Bersenam secara
kerap dan memakan makanan seimbang boleh mengatasi masalah kegemukan.
1.2.4
Kelenturan dan Fleksibiliti
-keupayaan anjalan otot dan sendi melakukan
pergerakan yang kemas dalam pergerakan yang maksimum. Contoh: pergerakan
kalistenik regangan.
1.2.5 Kekuatan Otot
-kebolehan
sesuatu otot / sekumpulan otot-otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan
daya (kerja).
-diukur
berdasarkan daya maksimum yang dihasilkan daripada satu pergerakan atau
penguncupan otot yang spesifik. .
-kemampuan
otot mengatasi beban atau rintangan yang berat. Contohnya: angkat berat, ujian
lompat jauh berdiri, lompat sarjan dan aktiviti harian spt berjalan, berlari,
mengangkat barang.
1.3
KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR
1.3.1
Kelajuan
-kebolehan individu untuk bergerak secepat
mungkin dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dalam masa yang singkat.
- berkait rapat dengan kekuatan dan kuasa otot serta rangsangan yang diterima.
- berkait rapat dengan kekuatan dan kuasa otot serta rangsangan yang diterima.
-contoh: lari pecut dan
lari berpagar, atlet perlukan kelajuan bagi mencatatkan masa yang terpantas.
Dalam acara lompat jauh, atlet lompat jauh
memerlukan kelajuan lari landas untuk
melakukan lompatan.
-Kelajuan individu berkait rapat dengan masa
tindak balas dan masa bergerak (Jarak langkahan x Kekerapan melangkah =
Kelajuan)
1.3.2
Ketangkasan
-kebolehan individu untuk menukar arah dengan
pantas semasa bergerak.
-penting dalam menghadapi situasi kecemasan.
-boleh dilatih melalui latihan bayangan.
Contoh : lari zig-zag dalam permainan ragbi dan mengelecek bola hoki.
1.3.3
Koordinasi
-keupayaan otot melakukan dan menyelaras
pergerakan yang kemas dan lancar dengan melakukan latihan yang bersistematik. Contoh
: menangkap bola, menahan bola hoki, menyangga bola tampar / melakukan rejaman
tepat pada sasarannya.
-merupakan keberkesanan dan keseragaman yang
cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang.
-Contoh: memanah, membuat rejaman dalam
permainan bola tampar dan menyumbat gol dalam permainan bola jaring dan bola
keranjang.
1.3.4 Masa
Tindak Balas
-berlaku sebaik sahaja
seseorang itu menerima rangsangan melalui sistem pendengaran atau perasaan
sehingga masa tindak balas dilakukan dengan pantas. Contohnya, pelari 100 meter
memulakan lariannya dengan pantas sebaik sahaja dia mendengar letupan pistol di
permulaan perlumbaan.
No comments:
Post a Comment