Strategi Pengajaran
Berpusatkan Murid
Strategi
Pembelajaran berpusatkan pelajar adalah pendekatan pembelajaran yang berkesan
dan dalam jangka masa panjang persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar
dapat menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang
hayat dan membentuk graduan yang berdikari. Di samping itu, Universiti
Kebangsaan Malaysia adalah komited dalam melaksanakan kurikulum berasaskan
hasil selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia. Kurikulum
berasaskan hasil menekankan kepada persekitaran pengajaran, pembelajaran dan
penilaian yang berfokuskan kepada pelajar.
Pembelajaran berpusatkan pelajar
adalah satu pendekatan pendidikan di mana pelajar merancang aktiviti
pembelajaran, penilaian dan kadar pembelajarannya sendiri. Dalam konteks
pembelajaran berasaskan hasil, pencapaian hasil pembelajaran adalah
tanggungjawab pelajar. Pelajar menentukan strategi untuk mencapai hasil
pembelajaran tersebut dan membuktikan pencapaiannya dengan persetujuan guru. Guru
menyediakan suasana, ruang dan peluang untuk pelajar mengharungi pengalaman
pembelajaran dengan sendiri dan sesama rakan sebaya serta membimbing pelajar
menguasai kemahiran untuk pembelajaran kendiri dengan berkesan.
Demikian
juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa strategi itu
sebenarnya
bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan
aktiviti yang
dilakukan oleh guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai
objektif
pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas,
seperti yang
dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. Berdasarkan
kepada ini
bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi
semua pelajar
dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa,
tempat dan
pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang
sesuai dengan keadaan
masa, tempat dan pelajar.
Strategi
Pengajaran Berpusatkan Murid merupakan pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan
kaedah mengajar, merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan murid. Menurut Ausubel, untuk memastikan pengajaran
berpusatkan murid ini berkesan guru hendaklah mengenalpasti konsep, teori atau
idea utama dalam sesutu topik itu. Untuk ini guru haruslah merangka satu
penyusunan topik menjadi kerangka sebagai panduan kepada murid-murid untuk
menjalankan aktiviti mereka.
Menurut
pandangan konstruktivis strategi Pengajaran Berpusatkan Murid, memberi peluang
kepada murid untuk menggunakan pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada
yang akan menjadi asas kepada pengetahuan baru yang bakal dibina. Pengetahuan
baru yang dibina melalui pengajaran berpusatkan murid membantu murid
menyelaraskan pengalaman lampau dengan idea sedia ada yang mereka bawa ke bilik
darjah. Dengan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid, murid menstruktur
semula idea mereka yang sdia ada. Untuk
memudahkan pembinaan pengetahuan dan kefahaman terhadap maklumat baru yang
diterima semasa pengajaran dan pembelanjaran, murid memerlukan persekitaran
pembelajaran yang meransang murid melalui teknik pengajaran berpusatkan murid.
Dengan
lain perkataan, guru hendaklah memastikan diri mereka mudah
diakses
oleh para pelajar pada setiap masa dan untuk tujuan tersebut,Langkah yang
terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan hasil
tugasan Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkanmemberi pendapat,
pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara
kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa
kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang
mengandungi
langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai
kemahiran dan
latihan yang terancang. Pada anggapan beliau, kaedah mengajar bukanlah
tujuan utama
pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai
obektif
pengajaran.
No comments:
Post a Comment