Corak
pembelajaran secara konvensional atau pembelajaran berpusatkan guru lebih menumpukan
pembelajaran secara satu hala. Guru memainkan peranan yang aktif manakala murid
pula hanya mendengar dan membuat catatan sahaja tanpa terlalu banyak berlakunya
interaksi antara kedua-dua pihakPEMBELAJARAN berpusatkan murid bermaksud
penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Walau
bagaimanpun huraian yang ringkas ini tidak bermaksud guru tidak memainkan
peranannya dalam kelas.
Antara
cirri-ciri Pengajaran Berpusatkan Murid adalah:-
·
Murid
tidak terlalu bergantung pada arahan guru semata-mata dalam proses
pembelajaran. Hal ini bermakna murid-murid itu sendiri akan bergerak mengikut
panduan dan nasihat yang diberikan oleh guru.
·
Murid-murid
tidak memencilkan diri mereka daripada rakan-rakan. Malah mereka memerlukan
kerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan sebarang masalah
pembelajaran. Mereka menghargai satu sama lain, berkerjasama, saling bantu
membantu dan sering bertukar-tukar idea dalam suasana yang ceria dan
menyeronokkan.
·
Kaedah
ini akan meningkatkan kemahiran interpersonal dalam kalangan murid melalui
proses kolaborasi yang mereka lalui dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Guru
berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Guru mereka bentuk pengajaran yang berperanan untuk
menentukan hala tuju pembelajaran tersebut agar hasilan pembelajaran tercapai,
mengurus aktiviti murid supaya interaksi berjalan dengan lancar, dan
merekabentuk pendekatan pengukuran dan penilaian untuk tujuan melihat
perkembangan prestasi murid dari semasa ke semasa.
Dalam
menjayakan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar, aspek minda pelajar dan
tenaga pengajar serta pendekatan aktiviti P & P perlu selaras dengan
falsafah pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan pelajar.
Di antara strategi yang boleh diamalkan ialah:
1. Menjadikan pelajar lebih aktif
dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan,
kuiz, dan penggunaan ICT secara optimum.
2. Menggalakkan pelajar
bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dengan menjadikan pelajar
lebih sedar apa yang dipelajari oleh pelajar dan sebab mengapa mereka perlu
mempelajari sesuatu.
3.
Mengamalkan model pengajaran dan pembelajaran aktif bersesuaian dengan
peringkat pendidikan termasuk pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif,
pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan
projek, kajian kes, pembelajaran berasas rakan sebaya, pembelajaran
konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan inkuiri.
Pembelajaran aktif dalam
pembelajaran berpusatkan pelajar memerlukan beberapa teknik penilaian murid
yang berkualiti . Persekitaran penilaian berpusatkan murid menyediakan peluang untuk memberi maklum balas
dan penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran. Penilaian yang berbentuk
formatif ini akan menyumbang kepada penilaian dan penaksiran di penghujung
proses pembelajaran. Antara teknik penilaian bersifat formatif yang berpusatkan
pelajar adalah membina buku skrap, persediaan portfolio (e-portfolio),
penilaian rakan sebaya, projek, dan kerja kumpulan. Penggunaan penilaian
berasaskan panduan guru digalakkan untuk penilaian yang objektif dan berkesan
dalam menilai tugasan muridesuatu tugasan yang diberikan.
No comments:
Post a Comment